Khamis, 3 Mei 2012

RAWATAN ISLAM DAN URUT TERAPI - MMT

          %%%%%%%%%%%%%%%% SELAMAT DATANG %%%%%%%%%%%%%%
                       
                                 

azimatherbs Enterprise

RAWATAN ISLAM DAN TERAPI URUT - MMT

(Massage and Mind Therapy)


PENGENALAN
Apa itu Terapi Urutan ?

Sejak lama dulu perkataaan urut memang telah lama kita
 dengar dan begitu sinonim dengan orang bersalin, tersalah
 urat dan terseliuh. Hanya makcik dan pakcik di kampung 
yang praktikkan teknik urutan ini. Kini, urut sering dikaitkan
 pula dengan spa di mana untuk kita releks dan memanjakan tubuh.

Definisi urutan atau terapi urutan adalah satu tindakan untuk
 merawat tubuh badan dengan mengusap, menggosok atau
 seumpamanya dengannya, untuk merangsang pengaliran 
atau meredakan tekanan.

Terapi urutan dapat memanipulasi tisu-tisu lembut pada tubuh
 untuk meredakan ketegangan otot dan kesakitan dengan
 meningkatkan pengaliran dan flexibiliti.

Juruterapi urutan pada kebiasaannya menggunakan tapak tangan,
 ibu jari, jari, siku, knuckle dan kadangkala kaki untuk memberikan
 tekanan pada otot pada tempat-tempat yang sesuai.

Apabila diamalkan secara betul, urutan dapat mempercepatkan 
proses penyembuhan otot yang cedera iaitu dengan meningkatkan
 bekalan oksigen kepada otot yang rosak itu.


DISINI ADA  8  SEBAB MENGAPA ANDA PERLU DI URUT :

Bagi kebanyakan orang kita, urut sudah jadi keperluan saat badan terasa lemah atau sakit. Tapi memang ada alasan kenapa orang perlu diurut
Jadi urut bukan hanya sekedar hobi atau kebiasaan saja.

Kita juga sentiasa melakukan urut terapi ( 5 )  kali sehari semalam

 


Mendapatkan pengurutan yang tepat dan dilakukan oleh orang yang memang benar-benar tahu cara mengurut akan memberikan banyak manfaat, terutama untuk ketenangan santai dan menghilangkan stres.


Urut ada yang dilakukan dengan cara tradisional, moderen atau campuran keduanya, serta ada juga yang mengembangkan pengurutan untuk terapeutik.

Seperti dikutip dari Healthmad dan Buzzle, Rabu (24/11/2010) ada beberapa hal yang membuat setiap orang perlu diurut, yaitu:

1. Urut secara signifikan dapat mempengaruhi sistem saraf perifer, meningkatkan rangsangan dan konduksi impuls saraf, melemahkan dan menghentikan rasa sakit dengan mempercepat proses regenerasi (pemulihan)

2. Urut mempengaruhi jaringan tubuh untuk memperluas kapiler dan kapiler cadangan. Hal ini akan meningkatkan aliran darah ke jaringan dan organ, meingkatkan proses reduksi oksidasi, memfasilitasi jantung dan berkontribusi terhadap redistribusi darah dalam tubuh. Serta memberikan sedikit peningkatan jumlah trombosit, leukosit, eritrosit dan hemoglobin tanpa mengganggu keseimbangan asam-basa.
saraf yang cedera, serta mencegah gangguan pembuluh darah dalam hal komunikasi dan suplai.
3. Urut mempercepat aliran getah bening yang meningkatkan gizi jaringan, mengurangi stasis pada sendi serta organ dan jaringan lain.
4. Urut memiliki efek fisiologis yang beragam terhadap kulit dan fungsinya, seperti membersihkan saluran keringat, kelenjar sebaceous, meningkatkan fungsi sekresi, ekskresi dan pernapasan kulit. Setelah diurut kulit akan menjadi lebih kenyal serta meningkatkan pengaruhnya terhadap suhu (sensitifitasnya menurun terhadap suhu dingin).
5. Urut boleh membuat otot menjadi fleksibel, meningkatkan fungsi kontraktil yang mempercepat keluarnya metabolit (hasil metabolisme). Hal ini tergantung dari seberapa kuat dan cepat urut yang dilakukan.
6. Urut membantu mengeluarkan cairan yang terdapat di dalam otot-otot dan memulihkan keadaan normalnya.
7. Urut membantu memperbaiki sirkulasi dan menurunkan tekanan darah. Karena sirkulasinya membaik, maka pada gilirannya organ-organ yang ada di dalam tubuh akan berfungsi dan bekerja lebih baik.
8. Urut boleh membantu mengatasi nyeri otot superfisial dan memperbaiki postur tubuh yang buruk, hal ini karena urut dapat bekerja memanipulasi otot dan sendi.
Seseorang tidak perlu terlalu banyak mendapatkan urut . Efek terapi dan santai yang didapatkan dari urut sangat baik untuk tubuh, karenanya setiap orang perlu mendapatkan pengurutan yang baik.

KELEBIHAN MENGURUT 

Apa sebenarnya manfaat dari menerima rawatan atau terapi urut ini? Menurut kajian, urut boleh
- mengurangkan sakit pinggang dan meningkatkan kelenturan
- membantu ibu mengandung bersalin dengan lebih mudah
- mengurangkan pergantungan pada ubat-ubatan
- meningkatkan imunisasi dengan merangsang sistem pertahanan semulajadi.
- mempersiapkan dan pulih dari latihan yang berat
- memperbaik kulit selaku organ terbesar kita
- meningkatkan fleksibiliti sendi
- mengurangkan kemurungan dan kegelisahan
- meningkatkan baik pulih tisu dan mengurangkan stretch mark serta parut
- memperbaik peredaran darah dan pengempaman oksigen dan nutrisi ke rangkaian otot
- mengurangkan bengkak dan kram
- merehatkan dan menghilangkan keletihan
- membebaskan endorphins iaitu asid amino yang bekerja sebagai penghilang sakit semulajadi
- mengurangkan migrain
Penyelidikan berterusan menunjukkan manfaat besar dari sentuhan untuk penyakit-penyakit kronik, gangguan saraf, luka dan juga untuk mengurankan ketegangan gaya hidup moden. Banyak hospital kita menggabungkan urutan bahkan Spa untuk merawat pesakit selepas pembedahan atau sebahagian daripada proses pemulihan.
Topik kali ini agak pendek sebagai pengenalan kepada urutan. Terdapat pelbagai jenis urut yang akan dibincangkan dalam topik akan datang. 

Siapa yang perlu urut?
Kebanyakan daripada kita tidak menyedari bahawa tubuh badan kita macam mesin juga. Perlu rehat. Perlu 'service'. ' Spare-part' original je tak de. Oleh itu amalan mengurut badan sebulan sekali telah menjadi amalan orang tua-tua dahulu untuk kesihatan yang berpanjang. Masalahnya kita pada hari ini mengurut hanya apabila dah sakit atau cedera sahaja. kalau tak, jangan harap la. Orang barat sibuk dengan spa. Orang cina Sibuk dengan refleksiologi kuno dan moden. Orang India dengan amalan (lupa plak namanya)............  Orang Melayu sekarang kata urut tradisional tak moden, tak 'sedap'. jangan cakap..... mai try dulu

azimatherbs Enterprise

RAWATAN ISLAM DAN TERAPI URUT - MMT
(Massage and Mind Therapy)


Kami sedia mengikhtiarkan rawatan alternatif mengatasi masalah berkaitan urat, saraf, otot dan sendi serta rawatan mengesan titik poin penyakit dalam kaedah yang tidak bercanggah dengan aqidah islam.




SANTAI, TIDAK SAKIT, BERKESAN DAN HARGA YANG BERPATUTAN !!!!


KAMI BERPENGALAMAN DLM BIDANG RAWATAN ALTERNATIF DGN KAEDAH RAWATAN ISLAM UNTUK MASALAH SIHIR, SANTAU, SAKA  &  LAIN2  PENYAKIT MISTERI, URUT TRADISIONAL, URUT PULIH TENAGA BATIN,  URUT UNTUK PERSEDIAAN BERKAHWIN,  PULIH JODOH,  PULIH RUMAH, KEDAI ATAU DIRI SERTA RAWATAN BERBEKAM

Pusat rawatan kami adalah berhampiran dengan persekitaran kediaman anda di - Bandar Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Ruang bacaan untuk kanak-kanak




Meja khas untuk rawatan resdung dan terapi mata




Tilam Urutan Bermangnet




Bilik Rawatan Oleh Wanita Untuk Wanita




Bilik Rawatan Urut Untuk Lelaki





Ruang Tamu / Ruang Menunggu


Antara rawatan utama kami adalah:

Urut Terapi Komplementari 
- Urutan terapi memberi banyak kelebihan pada tubuh badan kita diantaranya melancarkan peredaran darah, melangsingkan badan dan menyegarkan badan yang kelesuan selepas penat bekerja berhari2 didalam suasana aircond ataupun panas. Urutan adalah salah satu rawatan yg digunakan secara meluas utk menyihatkan badan kerana cara ini telah terbukti berkesan sejak turun temurun lagi. Sehingga kini rawatan ini masih digunakan walaupun telah banyak rawatan cara moden diperkenalkan. Urutan juga terbukti boleh menghilangkan stress akibat dari tekanan kerja atau masalah peribadi.
Khidmat urut terapi yang kami tawarkan adalah seperti:
urut seluruh badan, urut seliuh, sakit pinggang, sakit belakang, tersalah bantal, sakit lutut, bengkak, sakit kepala berterusan,  mudah pening atau pitam.





Urut Terapi Penyakit Kronik
seperti lemah jantung, kencing manis, darah tinggi, kolesterol, gout, penyakit kulit dan stroke

Serangan Jantung



Penyakit Gout




Serangan Stroke




Rawatan Mental, Emosional, Fizikal dan Spiritual
Rawatan terapi aura & cakra, terapi minda, masalah mental / stress / jiwa tertekan / susah tidur, pulih semangat / tenaga, masalah suami isteri, lambat jodoh, gangguan makhluk halus
sering nampak kelibat, anak kecil menangis malam & terkejut waktu tidur, trauma, terkena sihir, santau, saka. dan "cleansing" @ pagar rumah/ kedai/ diri.

Terapi Aura







Urut Tenaga Batin 




Rawatan Terapi Minda Pelajar
Mengaktifkan minda (minda genius), sihat & cerdas, mudah hafal & ingat fakta, semangat dan tinggi untuk belajar.







Rawatan Terapi Mata 


* RM15 = 30 minit
Rawatan selaput mata, kabur, rabun, rabun malam, silau berpinar dan sakit mata.



Urut Kaki ( Refleksology ) 
* RM20  = 30 minit



Urut tradisional reflexology adalah ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu.Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki. Jadi urut tradisional reflexology dapat membantu anda.

Urut Tradisonal Refleksologi juga dikatakan sebagai rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana kajian membuktikan refleksologi membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum.

Ilmu refleksologi; iaitu mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia selamat dan mudah cuma rasa sakit sedikit semasa diurut. Rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda.

Kaki adalah anggota yang sangat kompleks merangkumi 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Kecederaan tulang, sendi dan ligamen mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh seseorang antaranya rasa lenguh lutut, tegang pada bahagian bahu dan masalah buang air besar. Secara semula jadi, tulang tapak kaki manusia agak melengkung. Ia bagi memberikan kekuatan yang lebih untuk menyokong berat badan dan pergerakan. Bagaimanapun, kedudukan tulang tapak kaki boleh berubah jika ia menerima tekanan terus menerus dan tidak diberikan perhatian sewajarnya.

Maksud Titik Refleksi adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik urutan pada tapak kaki mampu melancarkan pengaliran darah sekali gus memelihara anggota tubuh yang lain misalnya urutan pada tengah tapak kaki berkesan untuk merangsang tindak balas terhadap kawasan refleks adrenal dalam tubuh selain membantu melancarkan sistem penghadaman. 

Lengkungan tulang tapak kaki setiap orang tidak sama. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lengkungan normal, tinggi atau rendah. Kajian mendapati individu yang memiliki lengkungan tulang tapak kaki normal lebih beruntung kerana tekanan berat badan dapat diagihkan sama rata pada keseluruhan tapak kaki sekali gus kedudukan pergerakan mereka lebih stabil.


Urutan Reflexology kaki adalah teknik yang menggunakan jari-jari tangan, kalau dulu menggunakan tongkat kecil/kayu yang berguna merangsang saraf-saraf organ pada bahagian telapak kaki yang berguna untuk merangsang organ-organ yang ada agar tubuh menjadi sihat.


Selain itu juga urutan tradisional reflexology dapat mengeluarkan toksin-toksin yang ada pada organ di dalam tubuh kerana pada dasarnya biasanya kita makan makanan yang tidak sihat, fikiran stres kerana penyakit itu terdiri dari makanan dan faktor lingkungan terutama pekerja berat.


Dengan Reflexology, saraf saraf organ itu akan menjadi rilexs, dan tubuh akan menjadi segar kembali dengan rangsangan itu sendiri, saraf-saraf kaki di rangsang agar menjadi rilexs, dan toksin-toksin didalam tubuh dibuang melalui urine dan fasis.


Urutan Tradisional Reflexology baik di lakukan paling cepat 1 minggu sekali, paling lambat 2 minggu sekaliagar tubuh tetap terjaga kesihatanya terutama bagi orang-orang yang sibuk sekarang ini akibat stres di  tempat kerja, di jalan dan banyak faktor-faktor lain pressure di dalam tubuh selain berolahraga secara teratur, Urutan Tradisional Reflexology sangat membantu dan menjaga kesihatan.


Urutan tradisional refleksologi kaki ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan, rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu tiga hingga lima kali. Tekanan pada 30 titik urutan ini mewakili pelbagai organ dalam badan antaranya hati, pundi kencing, jantung, lutut, siku, tulang belakang, dubur dan kerongkong.

Urutan ini juga sesuai bagi warga tua yang mengalami sakit sendi dan sengal tulang kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang gemarkan aktiviti lasak. Kebiasaannya masalah kaki tidak dapat dikesan dalam tempoh singkat dan kesakitan mula dirasai apabila usia mencecah 30 tahun. Kesakitan kaki mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan pergerakan.

Langkah pencegahan perlu dengan memastikan otot, tulang, sendi dan ligamen sentiasa terpelihara. Wanita tidak boleh mengabaikan penjagaan kaki kerana ia sama penting dengan anggota badan yang lain seperti wajah, rambut dan kuku. Urutan refleksologi kaki ini dilakukan kurang daripada satu jam. Bagi individu yang mengalami masalah bisa pada bahagian tapak kaki disaran melakukan rawatan ini untuk memperoleh kelegaan. Individu digalakkan minum banyak air masak selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari badan. Urutan tradisional Reflexology penting untuk mengekalkan kesihatan anda.


Kelebihan rawatan

Melancarkan pengaliran darah
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Menyeimbangkan kedudukan badan
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengurangkan risiko sakit sendi
Mengurangkan rasa letih
Mengelak risiko sembelit
Mengurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.
Refleksologi: Kenali Titik Refleksi Anda


Pentingnya Perjalanan Darah yang Lancar

Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.

Tanda-tanda sakit semasa diurut.

Seperti yang disebutkan tadi, jika perjalanan darah tidak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin tu mendap dalam saluran darah. Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tak cukup darah dan zat makanan, lalu timbullah penyakit. Biasanya pakar urutan ini dapat meneka penyakit yang dialami kerana titik refleksi yang sakit akan rasa macam berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.



Rawatan Resdung + Terapi Mata
*Rm50 + Rm15 = Rm65 = 30 minit
Resdung dan gangguan mata adalah berkait rapat antara satu sama lain.....








Bekam Sunnah






Bekam Lintah





Rendaman kaki





Rawatan Jarak Jauh



- Sila WASAP/MMS gambar pesakit/premis yang ingin dirawat ke -  017 - 3145992 
 - Kaedah rawatan adalah menggunakan teknik solat hajat dan bacaan asas 10 ruqyah
 - Tidak menggunakan sebarang jin/khadam dalam rawatan jarak jauh kerana ia melanggar syariat perubatan islam ruqyah syariyyah 
- Mahar tertentu dikenakan sebagai ganti masa/tenaga perawat.
Sila bank in RM30 kali 3 hari rawatan ke :

Sila Bank In ke 
1. BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) AKAUN NO. 1013041000020691
 (AZIZ B. HAMAT)
atau
2. PUBLIC BANK AKAUN NO. 4701394732 ( AZIZ B. HAMAT )

Selepas buat pembayaran sila call/sms ke :
(Sila nyatakan tarikh dan masa seperti dalam resit pembayaran)




 - Tauhid rawatan jarak jauh ialah manusia hanya sebagai tukang doa/tukang ikhtiar dan Allah SWT jualah penyembuh segalanya.


 Kami adalah berdaftar dengan Pertubuhan Pengamal Terapi Urut Urat Saraf Sendi dan Minda 
& Pertubuhan  Pengamal Perubatan Tradisional dan komplimentari Malaysia
& Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Malaysia
Di-ikhtiraf oleh 
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

kami menawarkan massage service yang terbaik dari pakar di Pusat Rawatan Islam dan Urut Terapi Kuasa Minda - MMT 
 ..Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi di talian seperti dibawah untuk rawatan (Temujanji)

-   017 - 3145992        ( Abdul Aziz )

HARGA YANG DITAWARKAN AMAT BERPATUTAN. 

KHIDMAT KE RUMAH PELANGGAN SENDIRI / PELANGGAN JUGA BOLEH KE PUSAT RAWATAN KAMI.

Pusat rawatan kami di Taman Adenium, Bukit Sentosa, Rawang. Selangor.



&&&&&&&&&&&&&&&&&

Bebaskan diri anda dari penyakit penyakit kronik dan merbahaya dengan perawatan awal sebelum merebak 
dan
 aktifkan diri anda sebagai seorang yang sihat, cergas dan berjaya.





&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

ANTARA PRODUK KELUARAN KAMI UNTUK PERAWATAN :

AIR PENAWAR AJAIB TERAPI AURA

Air penawar ajaib Terapi Aura adalah air minuman mineral yg diruqyah secara meditasi dan hasil hembusan halus oleh Pengamal Perubatan Islam serta doa pelajar - pelajar Tahfiz dari bacaan doa doa mustajab amalan Rasulallah s.a.w, ayat ayat penyembuh ajaib, hizib Al- Fatihah, surah 3 Qul, surah yassin, ayat kurdsi, selawat shifa' ayat ruqyah, zikrullah dan Asma ul Husna.






Antara Kemujaraban dan kehebatan nya Adalah :

- memulihkan aura tubuh yang lemah dan bocor serta memancarkan aura dan potensi diri.

- membantu menambahkan tenaga dan stamina serta badan akan terasa selalu sehat , kuat dan segar, terhindar dari rasa lesu, letih dan cepat lelah.

- menguatkan daya ingatan, pemikiran, kecergasan dan kesihatan minda.

- mengembalikan deria rasa, bau, penglihatan dan pendengaran.

- meningkatkan daya imun melawan serangan. parasit, penyakit berjangkit dan berbahaya.

- menyempurnakan fungsi berbagai organ tubuh seperti jantung, paru-paru, lambung, liver, pankreas, ginjal dan menyempurnakan komposisi berbagai zat seperti kadar gula, kolesterol, tekanan darah dan sebagainya.

- membantu merawat penyakit kronik seperti lemah jantung, kencing manis, darah tinggi, kolestrol, stroke, asma dan lemah tenaga batin.

- sistem pencernaan dan masalah usus seperti masalah penghadaman, cirit birit, sembelit,
buasir, luka dalaman dan susah buang air besar.

- gangguan sistem perkumuhan seperti batu hempedu, batu karang dan prostat.

- gangguan angin seperti sakit kepala berpanjangan, migrain, bisa bisa badan, sakit sendi,
lenguh-lenguh betis, sakit lutut, gout, kebas kebas, bengkak dan badan terasa tercocok
bisa.

- masalah kulit seperti kudis tidak pernah sembuh, kurap, kayap, gatal gatal dan melecur.

- membuang angin dalam badan, penggalak keluar peluh dan memperlancarkan
pengaliran darah.

- menguatkan tulang belakang, pinggang dan struktur tulang yang lainnya.

- merawat penyakit yang tidak boleh dikesan dan tidak diketahui puncanya.

- penenang jiwa tertekan, dirundung resah tidak menentu.

- menghindari gangguan perasaan, mimpi ngeri atau trauma.

- dijadikan sebagai air selusuh bagi ibu ibu yg. hendak bersalin.

- memulihkan kesuburan wanita untuk mempercepat mendapatkan zuriat.

- meyingkirkan gangguan makhluk halus, jin, saka, sihir dan santau.

( PERINGATAN : Sekiranya didalam tubuh pesakit ada makhluk halus yang menumpang,
nescaya dengan izin Allah dalam masa 3 hari selepas minum air penawar ajaib. ia akan keluar melalui muntah, berak-berak / berdarah, perpeluhan mahupun pernafasan.untuk meredakan masalah ini, hentikan minum air penawar ajaib selepas 3 hari tersebut
sebaliknya cukup disapu didahi dan dimandikan sahaja. Insya Allah )

Cara Cara Kegunaan :
> minum senafas setengah gelas biasa air aura diawal pagi dan petang - sertakan niat
> Untuk cepat melegakan kesakitan, amalkan minum sebelum dan juga selepas makan.
> Untuk pesakit kronik yg. lama, orang tua yg sudah uzur dan anak kecil umur bawah 2 tahun se eloknya diberi minum selepas magrib / malam. Atau sekadar disapu didahi / kepala atau di buat mandi sahaja.

KAEDAH RAWATAN PENYAKIT DAN GANGGUAN :
JENIS PENYAKIT / GANGGUAN : 

1. Bayi Selalu Menangis Malam - Tuangkan sedikit air (aura) diatas
tapak tangan. Sapukan didahi bayi
kepala dan belakang tengkuk.
2. Kanak-Kanak Sering Menangis
Malam kerana Mimpi Yg Menakutkan - Lakukan kaedah spt. diatas.
Dan renjiskan air (aura) yg dicampur
dengan sejeput garam dan sebiji
limau nipis. ke seluruh tepi dinding
dalam rumah. Lebihkan renjis air
pada muka pintu dan penjuru rumah.
3. Sering Terdengar Suara Orang Memanggil
atau ternampak kelibat sesuatu gangguan - Renjiskan air (aura) yg dicampur dengan sejeput garam dan sebiji limau nipis. ke seluruh tepi dinding dalam rumah. Lebihkan renjis air pada muka pintu dan penjuru rumah. Lakukan setelah bunyi azan Magrib.
4. Menghilangkan Jerawat, Jeragat, Parut
di wajah dan pemanis wajah - Usap sedikit air ( aura ) pada wajah
sebelum dan selepas bangun pagi.
Boleh juga di titiskan sedikit kedalam bedak atau krim sebelum dipakai.
5. Anggota Badan Kebas-Kebas, Lenguh
Sakit dan Bisa-Bisa - Sapu air ( aura ) pada seluruh
bahagian sakit. Tunggu kering
sapu minyak dan urut. Boleh juga
dibuat mengurut.
6. Pendinding Diri Dari Terkena Santau
Dan Sihir - Minum segelas air (aura). Insya-
Allah dalam masa 7 hari terhindar
dari musibah tersebut.
7. Menghilangkan keletihan selepas
penat bekerja - Minum 1/2 gelas air penawar.
Rasa penat akan reda dlm masa
5 minit.
8. Menurunkan Berat Badan (ketahap maksima dengan keseimbangan tubuh dengan tahap kesihatan sesorang) - Dibawa ketempat kerja sebagai air bekal. Diminum setiap kali rasa haus. Selepas 2 minggu boleh buat timbang berat badan dan anda akan tahu perubahannya.
9. Mudahkan Bersalin (air selusuh) - Minum segelas air penawar ajaib
semasa saat hendak bersalin.
10. Terkena Santau/sihir/Gangguan Halus - Minum 1/2 gelas air penawar ajaib Dan segelas air penawar dicampur dengan satu baldi air untuk dibuat mandi. Amalkan 3 kali sehari selama 3 hari berturut turut. Insya Allah.
Jika perlu buat rendaman kaki
dgn. mencampurkan segelas air
penawar ajaib dan satu sudu tea
garam bukit kedalam sebekas air
bersih. Rendamkan selama 30 minit.

Penting :
Manusia hanya boleh merancang ( merawat ), dan hanya Allah yang menentukan
(kesembuhan). Bermohonlah kepada Nya.

Kelebihan Air Terapi Aura : Mengesan penyakit dalam badan melalui rasa air.
Rasa air Aura seseorang adalah berbeza walaupun dari sumber yang sama.
1. Kelat - masalah : usus besar, perut, limpa dan paru-paru.
2. kelat kuat - masalah asma.
3. Pahit - Masalah : Hati, pundi hempedu
4. Hanyir - Masalah : pundi kencing, kelenjar prostat, hormon ovari dan buah pinggang.
5. Loya - Masalah : Urat saraf, anggota badan
6. Muntah - Masalah : Urat saraf, buah pinggang
7. Masam - Masalah : usus kecil. jantung.
8. Masin - Masalah : Pundi kencing, jantung (darah pekat)
9. Berangin - Masalah : Tulang
10. Payau - Organ dalam keadaan baik
11. Manis - Organ dalam keadaan baik
---------------------------------------------------------------------------------
FORMULASI DAN EDARAN :
AZIMATHERBS ENTERPRISE SDN. BHD
RAWANG, SELANGOR
HARGA AIR TERAPI AURA
Isipadu : 1500 ml sebotol
Berat : 1.55kg
Harga : RM20 sebotol
Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju Malaysia dan Skynet untuk penghantaran. Penghantaran hanya untuk Semenanjung Malaysia sahaja.
HARGA TERMASUK KOS PENGHANTARAN
SKYNET :
JUMLAH HARGA
BIL.-----BERAT---- KOS POS-- HARGA AIR-----TERMASUK KOS POS
BOTOL (kg)----------(Rm)------- AURA(Rm)------------- (Rm)
1---------1.55---------10.00--------------20.00----------------30.00
2---------3.10---------20.00--------------40.00----------------60.00
3---------4.65---------20.00--------------60.00----------------80.00
4---------6.20---------30.00--------------80.00 --------------110.00
5---------7.75---------30.00------------ 100.00 -------------130.00
6---------9.30---------40.00------------ 120.00 -------------160.00
7-------10.85----------40.00------------140.00 -------------180.00
8-------12.40----------50.00------------160.00 -------------210.00
9-------13.95----------50.00------------180.00 ------------ 230.00
10------15.50--------- 60.00------------200.00 ------------ 260.00
11------17.05--------- 60.00------------220.00 -------------280.00
12------18.60--------- 70.00------------240.00 -------------310.00
POS LAJU :
JUMLAH HARGA
BIL.---- BERAT--- KOS POS--- HARGA AIR--- TERMASUK KOS POS
BOTOL (kg)-------------(Rm) ----AURA (Rm)------------ (Rm)
1------- 1.55 ------------20.00 -----------20.00 ------------40.00
2 -------3.10 ------------30.00 -----------40.00 ------------70.00
3 -------4.65 ------------40.00 -----------60.00 -----------100.00
4 -------6.20 ------------50.00----------- 80.00----------- 130.00
5 -------7.75 ------------60.00 ----------100.00 ----------160.00
6 -------9.30 ------------70.00 ----------120.00 ----------190.00
7 - ----10.85 ------------70.00 ----------140.00 ----------210.00
8 --- --12.40------------ 80.00 ----------160.00 ----------240.00
9 -- ---13.95 ------------90.00---------- 180.00 ----------270.00
10 ----15.50 -----------100.00 ----------200.00 ----------300.00
11 ----17.05----------- 110.00 ----------220.00 ----------330.00
12 ----18.60 -----------120.00 ----------240.00 ----------360.00

UNTUK TEMPAHAN DAN CARA PEMBAYARAN

Sila Bank In ke 
BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) AKAUN NO. 1013041000020691
 (AZIZ B. HAMAT)

ATAU

PUBLIC BANK AKAUN NO. 4701394732
 ( AZIZ B. HAMAT )

(SILA SIMPAN RESIT ANDA SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN)
Selepas buat pembayaran sila call/sms ke :
 :
(Sila simpan & nyatakan tarikh dan masa seperti dalam resit pembayaran)
KE



Menjana Pendapatan Anda -





&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

SEDIKIT INFO TENTANG PENYAKIT ANGIN AHMAR (STROKE)


Penyakit angin ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terputus secara tiba-tiba. Otak kita memerlukan bekalan oksigen yang berterusan daripada darah. Maka, jika bekalan darah tersebut terputus, sel-sel otak yang terjejas akan rosak atau mati. Kadangkala strok ini dipanggil sebagai ‘serangan otak’. Terdapat dua jenis strok iaitu Strok Iskemia dan Strok Haemoragik. 
Strok Iskemia berlaku apabila terdapat darah beku di dalam saluran darah di otak yang menyebabkan saluran tersebut tersumbat. Iskemia bermaksud pengurangan bekalan darah dan oksigen ke bahagian badan yang tertentu. Dalam sesetengah penyakit strok, darah beku boleh terbentuk di dalam saluran darah otak itu sendiri dan menyebabkan strok iskemia. Dalam sebahagian kes-kes strok iskemia yang lain, darah beku boleh terbentuk di luar otak dan kemudian darah beku itu bergerak ke otak dan seterusnya menyumbat saluran darah otak.
Strok Haemoragik (pendarahan) berlaku apabila saluran darah otak yang lemah atau rosak pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam otak. Terdapat dua jenis pendarahan otak iaitu Pendarahan Intracerebral dan Pendarahan Subarachnoid.
Pendarahan Intracerebral berlaku apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri. Kemudian darah mengalir keluar ke dalam otak. Perkara ini menyebabkan bekalan darah ke sel-sel otak terputus dan ini seterusnya menyebabkan sel-sel otak tersebut akan rosak ataupun mati. Pendarahan jenis ini berlaku dalam satu daripada 10 kes strok.
Pendarahan Subarachnoid pula berlaku jika saluran darah pecah di ruang antara otak dan tengkorak. Ruang tersebut kebiasaannya diisi oleh cecair otak yang dipanggil sebagai cecair cerebrospinal. Setiap satu strok daripada 20 kes adalah disebabkan oleh pendarahan jenis ini.

Strok Di Malaysia
Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), setiap seorang daripada enam orang di Malaysia akan diserang penyakit strok. Setiap tahun dianggarkan terdapat 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Malah, di Malaysia penyakit strok ini adalah punca kematian ketiga terbesar selepas penyakit jantung dan kanser. Strok menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, jantina, agama dan usia. Namun, majoriti pesakit strok adalah orang dewasa.

Punca-Punca Strok
Punca-punca yang berisiko tinggi untuk berlakunya strok terbahagi kepada dua. Risiko yang tidak boleh diubah dan risiko-risiko yang boleh diubah.
Risiko yang tidak boleh diubah adalah:
Umur – Risiko untuk mengalami serangan strok dianggarkan berganda selepas umur 55 tahun
Genetik – Risiko untuk serangan strok adalah lebih tinggi jika salah seorang daripada ahli keluarga terdekat seperti ayah, nenek atau adik pernah mengalami serangan strok
Jantina – lebih ramai kaum lelaki yang diserang strok berbanding dengan kaumm wanita. Namun, lebih ramai kaum wanita yang meninggal dunia akibat daripada serangan strok berbanding dengan kaum lelaki
Sejarah serangan jantung atau strok – Risiko bagi mereka yang pernah mengalami strok atau serangan jantung adalah lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah mengalami masalah tersebut

Risiko yang boleh diubah adalah seperti berikut:
Tekanan darah tinggi – Mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi selalunya tidak ada sebarang simptom. Maka, adalah penting untuk selalu membuat pemeriksaan tekanan darah
Merokok – Berhenti merokok boleh menurunkan risiko serangan strok serta-merta
Kencing manis – Penyakit ini meninggikan risiko serangan strok
Kolesterol – Saluran darah boleh tersumbat akibat daripada kolesterol di dalam badan. Maka, boleh mengganggu bekalan darah ke otak dan menyebabkan strok
Obesiti – Risiko strok adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang obese berbanding dengan mereka yang mempunyai berat badan yang normal.

Simptom-Simptom Serangan Angin Ahmar
Setiap fungsi tubuh badan kita yang berbeza dikawal oleh bahagian-bahagian otak yang berbeza juga. Oleh itu, setiap simptom strok berbeza mengikut bahagian otak mana yang terjejas dan saiz kawasan otak yang rosak. Simptom-simptom ini berlaku secara tiba-tiba dan selalunya melibatkan satu atau lebih simptom yang berikut:
Tangan dan kaki lemah atau lumpuh sepenuhnya
Sebelah muka menjadi lemah. Air liur akan sentiasa meleleh tanpa kawalan
Masalah dengan kestabilan dan koordinasi badan, percakapan, penglihatan atau sukar untuk menelan
Rasa pening atau sakit kepala
Kebas-kebas di sebahagian daripada badan
Pengsan atau menjadi keliru

Kesan Jangka Panjang Serangan Strok
Jenis dan kadar kelumpuhan yang disebabkan oleh serangan strok adalah berbeza-berbeza mengikut kadar kerosakan otak selepas serangan strok. Serangan yang teruk boleh menyebabkan kematian. Jenis-jenis kesan jangka panjang serangan strok adalah seperti berikut:
Sebelah badan lemah - Ini akan menyebabkan masalah untuk berjalan jika melibatkan kaki atau masalah untuk menggunakan tangan
Masalah kestabilan dan koordinasi badan
Masalah menelan - Ini merupakan masalah yang sangat biasa berlaku dan juga boleh menjadi sangat merbahaya dalam sesetengah kes. Makanan yang ditelan boleh turun ke saluran pernafasan dan bukannya saluran makanan di tekak apabila makan. Perkara ini boleh menyebabkan pesakit tercekik dan seterusnya pesakit sukar untuk bernafas. Jika masalah menelan ini sangat serius, makanan dan minuman terpaksa disalurkan melalui tiub terus ke perut
Masalah percakapan dan komunikasi - Pesakit mungkin akan susah untuk bercakap dengan lancar kerana sukar mencari perkataan yang sesuai semasa bercakap atau langsung tidak boleh bertutur. Malah, keupayaan untuk memahami percakapan orang lain, membaca atau menulis turut terjejas
Masalah penglihatan – Jika bahagian otak yang melibatkan keupayaan melihat telah terjejas, pesakit mungkin mengalami masalah penglihatan berganda (double vision).
Apa yang tersenarai di atas adalah contoh-contoh apa yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Setiap strok adalah berbeza dan kesan strok harus diteliti untuk setiap seorang pesakit.
Dalam minggu-minggu terawal selepas strok, bengkak di sekeliling bahagian otak yang rosak, akan berkurangan. Masa itu sebahagian daripada simptom mungkin akan berkurang ataupun hilang. Dengan rehabilitasi dan terapi yang sesuai, keadaan pesakit mungkin akan bertambah baik.

Rawatan Moden Untuk Strok
Rawatan untuk strok melibatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja serangan strok berlaku dan juga rawatan rehabilitasi atau “physiotherapy” selepas pesakit strok sudah stabil.
Setiap pesakit strok yang didapati mengalami simptom-simptom awal serangan strok, harus dihantar ke wad kecemasan secepat mungkin. Rawatan yang segera adalah sangat penting untuk mengelak keadaan bertambah teruk yang boleh menyebabkan kematian. Malah, rawatan kecemasan awal boleh mengurangkan kadar kerosakan otak dan ini boleh meningkatkan kadar kesembuhan yang tinggi. Rawatan kecemasan melibatkan penggunaan ubat-ubatan dan/atau pembedahan yang akan mengeluarkan darah beku dari otak.
Rawatan rehabilitasi akan dilakukan selepas pesakit sudah stabil. Rehabilitasi bertujuan untuk membantu pesakit untuk mendapat kekuatan fizikal semula, mengembalikan keupayaan fungsi-fungsi badan dan untuk membolehkan pesakit untuk berdikari seperti sebelum serangan strok. Malah, rehabilitasi ini turut bertujuan untuk mengembalikan keyakinan diri kepada pesakit strok untuk kurang bergantung kepada orang lain urusan harian.

Rawatan Strok Menggunakan Al-Quran
Ayat-ayat al-Quran turut memiliki mukjizat untuk membantu dalam penyembuhan penyakit strok ini. Daripada pengalaman kami di Pusat Rawatan dalam mengubati pesakit-pesakit strok, ramai yang sudah mengalami perubahan yang sangat positif selepas menerapkan rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran. 
Selain itu, kami turut mendapati ada unsur-unsur gangguan makhluk halus yang boleh menyebabkan serangan strok dalam sebahagian pesakit-pesakit kami. Ada sejenis jin yang digelar Jin Ahmar yang boleh masuk dalam badan pesakit dan merosakkan saluran-saluran darah dalam otak pesakit yang menyebabkan pendarahan berlaku dan mengakibatkan pesakit itu mendapat strok. Perubatan moden mengakui strok disebabkan oleh pendarahan dalam otak, tetapi kadangkala sukar untuk menerangkan punca pesakit itu mendapat strok.  Kita selalu mendengar pesakit yang berusia muda, tidak ada sejarah dalam keluarga yang pernah mendapat strok, sihat tubuh badan, tidak ada penyakit darah tinggi atau kencing manis, tetapi mendapat penyakit strok.  Dalam kes-kes demikian selalunya mereka ini diganggu oleh Jin Ahmar, dan jin-jin ini perlu dikeluarkan daripada badan pesakit  sebelum rawatan selanjutnya diberi.
  
Maka, setiap pesakit strok yang datang berubat, akan diperiksa terlebih dahulu jikalau ada sebarang gangguan makhluk Jin Ahmar didalam badan mereka.  Selalunya jin-jin Ahmar ini akan berada didalam otak atau tulang belakang pesakit.  Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan keizinan Allah swt akan mengeluarkan jin-jin Ahmar ini sekiranya ada, dan seterusnya memberikan ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah swt untuk memohon penyembuhan. Inshallah dengan keizinan Allah sw, ayat-ayat Al-Quran yang dibaca oleh pesakit ini dapat merangsang atau “stimulate” sel-sel otak yang rosak akibat strok untuk berfungsi semula. 
Ayat-ayat tersebut adalah:
Surah Al-Israa’ ayat 40 hingga 55
Surah An-Nahli  ayat 81 hingga 89
Surah Az-Zumaar ayat 24 hingga 37
Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Israa’ tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah An-Nahli tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Pesakit haruslah ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanyalah dengan izin daripada Allah swt. Oleh itu, kita janganlah berputus asa dan sentiasalah berdoa kepada Allah swt.
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”- Surah Yusuf : 12

PENUTUP
Kita sebagai umat Islam yang telah diberi akan nikmat Islam dan iman seharusnya berpegang teguh, beramal dan yakin akan mukjizat al-Quran. Keistimewaan al-Quran pasti akan membantu setiap insan di dalam kehidupan dunia ini yang sentiasa silih berganti antara kebahagiaan dan kesengsaraan. Apabila kita atau insan yang kita sayangi ditimpa dengan serangan strok dan lalu mengalami pelbagai masalah kesihatan akibat strok, kita kena kuatkan semangat dan tabah dalam menghadapi perasaan gelisah, murung dan marah dalam diri kita. Perasaan negatif ini hanya akan bertambah teruk jikalau kita membiarkan sahaja perasaan tersebut bergolak tanpa sebarang usaha untuk melawan dan menukar perasaan negatif kepada yang positif. 
Kadangkala keluarga pesakit juga turut merasa tertekan untuk menjaga pesakit strok.  Ramai keluarga pesakit yang mengadu kepada saya betapa susah untuk menjaga pesakit strok. Kadang-kadang pesakit akan hilang kawalan akal fikiran dan bersikap agresif dan ini memberi tekanan kepada ahli keluarga atau orang-orang yang bertugas untuk menjaga mereka.  Bersabar dan berikhtiar dan percayalah semua dugaan dan ujian dari Allah swt ini ada hikmah disebaliknya.
Antara cara untuk memperkuatkan rohani dan hati kita apabila dilanda penyakit hati akibat musibah strok adalah amalan membaca al-Quran pada setiap hari. Selalunya di zaman moden ini, ramai di kalangan kita yang suka untuk bersenam atau melepak dengan tujuan untuk menenangkan jiwa, menghilangkan stres atau mengawal emosi yang bergolak. Namun, penawar rohani yang paling mujarab sudah lama diberi kepada manusia, iaitu al-Quran.
“Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.” - Surah Yunus : 57
Maka, bacalah surat istimewa daripada Allah swt kepada hamba-hambaNya pada setiap hari. Jadikan amalan ini sebagai rutin dan semoga kita semua mendapat keberkatan. 
Sekian.

Terima kasih
Salam hormat dari kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan